Wednesday, September 10, 2008

CARA EFFECTIVE KEDUA

Hai..Salam Sejahtera dan Selamat Datang semula kepada cara kedua untuk turunkan berat badan..Jadi, adakah anda telah bermula dengan cara pertama? Emmm bagus...saya rasa anda tidak mempunyai masalah untuk bermula ya kerana saya telah menerangkan dengan terperinci tentang bagaimana anda meminimumkan masa anda untuk exercise..

Jikalau anda masih kabur lagi tentangnya...bolehlah bertanyakan soalan kepada saya k...ok lah..tanpa membuang masa lagi kita pergi ke cara kedua:

2. JADUAL

- Apakah itu jadual? "Isk..isk...isk..sama ke dengan jadual waktu sekolah dulu-dulu?" "Camne nak buat?" hehehe...don't be khuatir ye abang2, kakak2, makcik2 serta adik2 sekalian. Sebenarnya senang je nak buat jadual.

- Jom saya bawa anda semua sewaktu zaman persekolahan dulu...Jadi, saya nak tanya soalan cepu perak kat anda(selalu sangat soalan) , "Apabila kita pergi ke sekolah, buku apakah yang selalu kita kena bawa?"Saya gerenti 1000% mestilah buku yang berkaitan dengan matapelajaran untuk hari tu kan? (+ dengan komik...hehehe)

- Macam mana kita tau buku apa kena bawa? Mestilah tengok jadualkan...So anda nampak tak, jadual itu penting untuk kita membuat sesuatu rancangan supaya ianya berjalan dengan lancar.
Saya jamin(berani kerat kuku) jikalu anda tidak mempunyai jadual khusus, impian anda untuk turunkan berat badan akan jadi mimpi yand isk NGERI!!!

- Selalunya, kita akan rasa bersemangat waja, besi, kuprum dan macam-macam lagilah untuk melakukan exercise pada 2 bulan pertama tetapi selepas itu semangat2 ini akan turun dan seterusnya akan hilang. Jikalu anda ada jadual khusus, kemungkinan besar perkara ini dari berlaku akan kurang.

- Dengan jadual yang bagus anda dapat melaksanakannya dengan hati yang senang. Jadi macam mana pula jadual saya? di sini saya tunjukkan jadual exercise untuk diri saya:

RABU

JOGGING : 06.30 AM - 07.00AM
18.30 PM - 19.00 PM


SABTU

JOGGING : 06.30 AM - 07.00AM
18.30 PM - 19.00 PM

AHAD

JOGGING : 06.30 AM - 07.00 AM
18.30 PM - 19.00 PM

TRACKING : 07.30 AM - 09.30 AM


- Jadi sekarang anda boleh lihat dengan jelas hanya dengan berjogging selama 1/2 jam pagi dan 1/2 jam petang saya sudah dapat 1 jam sehari dengan senang2. Oh, sebelum tu saya nak bagi tau saya bekerja dari pukul 08.00 AM sampai 17.00 PM so tiada alasan masa untuk saya tidak membuat exercise!!!

- Saya memilih hari Rabu kerana saya dapat merehatkan badan saya selama 2 hari ( Isnin, Selasa) selepas itu exercise ( Rabu) rehat semula 2 hari (Khamis, Jumaat) dan exercise semula 2 hari (Sabtu, Ahad)

- Begitu juga dengan anda. Jadi apa yang anda tunggu lagi, lets gets started!!! berhenti buat alasan bermula membuat jadual exercise....

p/s: jumpa lagi untuk cara yang ketiga

0 comments: